TENTANG KAMI

WarisanHarta.com merupakan pusat sehenti khusus untuk umat Islam di Malaysia yang ingin mendapatkan Perkhidmatan Perancangan Harta yang lengkap dan berlandaskan prinsip Syariah.

Ditadbir oleh AS HRM Training & Consultant (AS HRM), iaitu salah sebuah agensi yang telah memulakan perkhidmatan dalam industri perancangan harta semenjak dari tahun 2006 lagi.

Kami menjalinkan hubungan perniagaan bersama syarikat *as-Salihin Trustee Berhad* (670367-D) yang merupakan salah sebuah syarikat amanah swasta patuh syariah di Malaysia.

Encik Ahmad Siddik

Pengurus Pentadbiran.
Ahmad Siddik (MIM CPT) .

Pengasas AS HRM Training and Consultant.  Berpengalaman luas dalam Institusi  perbankan Antarabangsa.  Seorang ‘Trainer’, Menghadiri Kursus ’Industrial Relations and Educators Course’ di Clyde Cameron College, Wodongga, Australia pada tahun 1988 dan seterusnya pada tahun 1990 di Finsec Auckland, New Zealand. 

Seorang Jurulatih bertauliah dari Institut Pengurusan Malaysia (MIM CPT).  Berkelulusan Diploma dari Institut Pengurusan Sumber Manusia Malaysia (MIHRM), Beliau juga  mewakili organisasi kesatuan sekerja pada persidangan ILO di Geneva pada tahun 1996.  Merupakan ahli panel untuk pekerja di Mahkamah Perusahaan Malaysia dan merupakan Ahli Tribunal Penyiasatan Lembaga Disiplin Peguambela & Peguam Cara Malaysia. 

Mentadbir Urus kumpulan AS HRM - ‘Islamic Estate Planner’ lebih daripada 50 orang bersama Puan Hanita Musa.  Di bawah Pengurusan En Ahmad Siddik, Agensi AS HRM terus kekal cemerlang dari tahun 2008 sehingga kini. Bertanggungjawab memimpin dan membina ‘Islamic Estate Planner’ (IEP) menjadi konsultan yang berjaya. 

“AS HRM BETTER THAN THE BEST”

Puan Hanita Musa

Pengurus Pemasaran.
Hanita Musa

Merupakan salah seorang Pengasas  AS HRM Training and Consultant.   

Berpendidikan dalam bidang Kewangan dan Kesetiausahaan. Berpengalaman dalam sektor Perbankan dan Industri Insurans.

Puan Hanita mengurus  dan memantau aktiviti  harian pemasaran di AS HRM Training and Consultant.  

Berdedikasi kepada pertumbuhan peribadi dan profesional, Puan Hanita telah mengikuti pelbagai kursus dalam latihan pengurusan dan pembangunan kemahiran, yang seterusnya meningkatkan kepakarannya dalam bidang berkaitan.

Kejayaan AS HRM di bawah pentadbiran Puan Hanita  bukan sahaja menjadikan Agensi ini Juara Keseluruhan malah, berjaya membawa AS HRM mencapai Life Time Member Gold Club, Platinum Club dan mencipta beberapa pencapai Ahli Gold Club dan Ahli Silver Club dari kalangan Perunding yang bernaung di bawah AS HRM Training and Consultant.