Pilihan kerjaya

Perkhidmatan perancangan harta Islam adalah satu industri yang sedang giat berkembang di Malaysia. Ini adalah susulan daripada banyaknya masalah harta pusaka yang masih belum dituntut akibat daripada beberapa faktor yang telah dikenal pasti. Akhbar tempatan memaparkan sejumlah bernilai 70 bilion harta pusaka yang masih atas nama si mati dan jumlah ini terus meningkat setiap tahun. Di samping kisah-kisah yang menyayat hati tentang tuntutan harta pusaka. Penyelesaian kepada masalah ini memerlukan tindakan daripada setiap Muslim untuk bersegera membuat wasiat semasa mereka masih sihat. Kematian itu boleh berlaku pada bila-bila masa dan sudah pastinya setiap orang tidak dapat lari daripadanya. Ia perlu dihadapi dengan persediaan yang rapi. Lantaran itu setiap Muslim perlu kepada perancangan harta Islam untuk mengelakkan harta yang sedang dikumpulnya tidak dimanfaatkan ke jalan kebaikan yang akan menjadi bekalan amalan di alam akhirat kelak.


Dianggarkan 90% Muslim di Malaysia masih belum membuat perancangan harta dan masih belum mempunyai wasiat untuk diri mereka. Ini kerana mereka tidak mempunyai maklumat dan pengetahuan bagaimana untuk membuat perancangan harta. Oleh kerana itu, perkhidmatan perancangan harta Islam di Malaysia semakin menjadi keperluan dalam masyarakat Islam pada masa kini dan akan terus diperlukan pada masa akan datang.


Individu yang ingin menyertai WarisanHarta.com sebagai  Pakar Perancang Harta Islam, sila email resume atau butiran peribadi anda dan hubungi kami:

Email: info@warisanharta.com

Tel :  019 2121 582  (Ahmad Siddik)
          019 2755 164  (Hanita Musa)

PERUNDING PERANCANGAN HARTA

KELEBIHAN SEBAGAI PERANCANG HARTA PUSAKA ISLAM (IEP)

BINA KERJAYA SEBAGAI PERANCANG HARTA PUSAKA ISLAM (IEP)

KELAYAKAN

kursus & latihan

SERTAI KAMI SEBAGAI IEP

Perkhidmatan Perancangan Harta Pusaka Islam adalah satu industri yang sedang giat berkembang di Malaysia.

Ianya merupakan satu peluang kerjaya yang tidak seharusnya dilepaskan.