Wasiat

Wasiat adalah pengakuan seseorang yang dibuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaatnya untuk digunakan bagi tujuan kebajikan atau apa-apa tujuan yang dibenarkan oleh undang-undang Pewarisan Islam, selepas kematiannya.

PEMBAHAGIAN HARTA TANPA WASIAT

Aset orang Islam yang meninggal dunia tanpa membuat Wasiat akan diagihkan kepada waris-waris yang berhak mengikut Faraid iaitu Undang-undang Pewarisan Islam.

Siapakah waris faraid menurut islam

Waris telah ditetapkan dalam Islam. Waris utama berikut tidak terhalang sama sekali daripada mewarisi harta si mati, dengan syarat mereka beragama Islam. Mereka adalah:

Sebagai contoh cucu bukanlah secara automatik menjadi waris dan hanya akan mewarisi dalam situasi tertentu.

Antara golongan yang tidak dianggap sebagai waris yang layak mewarisi menurut Islam adalah :

KELEBIHAN MENULIS WASIAT

Islam membenarkan orang Islam menulis Wasiat ke atas satu pertiga daripada hartanya kepada orang yang disayangi yang tiada hak hukum Faraid samada mereka Islam atau tidak atau untuk kebajikan asalkan ia menurut Syariah.

KEPENTINGAN MENULIS WASIAT
MENGIKUT PERUNDANGAN DI MALAYSIA

Perancangan harta pusaka bukan hanya mengenai pengagihan aset anda selepas kematian anda tapi yang lebih penting adalah bagaimana urusan pentadbiran harta pusaka anda dilaksanakan.

Melalui Wasiat anda berhak melantik Wasi/Pentadbir harta pusaka dalam kalangan individu atau syarikat amanah yang anda percayai dan yakin boleh melaksanakan tugas tersebut.

Pelantikan Wasi yang berwibawa akan mempercepatkan proses pencairan harta pusaka dan penyelesaian hutang piutang serta pengagihan harta pusaka anda kepada benefisiari yang berhak dengan telus, lancar dan sempurna.


Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Bukanlah seorang Muslim yang sebenar yang mempunyai harta untuk diwasiatkan untuk tidur dua malam kecuali wasiatnya sudah tertulis dan disimpan di bawah kepala.”

Riwayat daripada Abdullah bin Umar


SUDAHKAH ANDA MENULIS WASIAT?

Penulisan wasiat adalah sesuatu yang mesti dilakukan sekiranya anda mempunyai harta dan ahli keluarga malah menjadi kewajipan bagi mereka yang mempunyai hutang untuk menulis wasiat.

Penulisan wasiat seharusnya perlu dilakukan segera, ketika anda waras dan sihat tubuh badan. Jangan mengambil sikap tunggu dan lihat atau bertangguh. Jika anda tidak pasti bagaimana untuk menulis wasiat, kami sedia membantu InsyaALLAH.

Warisan Harta adalah pakar perancangan harta pusaka Islam.  Di Warisan Harta, kami mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam urusan penulisan Wasiat dan Pentadbiran Harta Pusaka.

Anda berhak menentukan siapa yang akan mentadbir harta pusaka anda dan bagaimana harta pusaka anda ingin diagihkan selepas pemergian anda.  Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk anda.

Sumber daripada as-Salihin Trustee