Pri-emas (amanah usia emas)

Merupakan produk ekslusif yang disediakan oleh as-Salihin Trustee Berhad yang membolehkan seseorang melantik as-Salihin Trustee Berhad untuk menguruskan harta beliau apabila beliau telah mencapai usia tua (warga emas) atau apabila berlaku ketidakupayaan mental atau fizikal ke atas dirinya.

Apakah Fungsi Pri-Emas?

Melalui Pri-Emas, Setlor melantik as-Salihin Trustee Berhad sebagai Pemegang Amanah serta memberi kuasa kepadanya untuk mengendalikan harta alih beliau apabila berlakunya situasi yang dinyatakan di atas untuk kepentingan diri sendiri dan orang-orang yang tersayang.

Mengapa Pri-Emas Penting Untuk Anda?

Objektif utama Pri-Emas adalah untuk menjaga kepentingan Setlor dalam membiayai perbelanjaan harian, perubatan, keperluan kecemasan dan lain-lain keperluan sebelum Setlor kembali pulih atau meninggal dunia.