WAKAF

Dari segi bahasa Wakaf bermaksud penahanan. Menurut istilah undang-undang Wakaf adalah pemberian yang tidak boleh dibatalkan, dibuat secara nyata atau tersirat dan harta diberi untuk tujuan kebajikan untuk mendapat pahala dari Allah SWT.

Bilakah Wakaf Boleh Dilakukan?

Wakaf boleh dibuat untuk berkuatkuasa semasa hidup atau selepas kematian pembuatnya melalui Wasiat. Dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam di setiap negeri menetapkan bahawa Pemegang Amanah bagi Wakaf adalah Majlis Agama Islam bagi setiap negeri.

authoriti membuat wakaf.


Diriwayatkan oleh Ibnu Umar. Ketika Umar mendapat sebidang tanah di Khaibar (melalui peperangan), dia telah bertanya kepada Rasulullah, Aku dapat satu tanah di Khaibar, aku belum pernah dapat tanah yang lebih berharga daripada tanah tersebut, apakah nasihatmu kepadaku? Maka sabda Rasulullah "Kalau kamu mahu, simpanlah ia sebagai wakaf untuk digunakan bagi tujuan kebajikan." Maka, Saidina Umar pun memberi tanah tersebut untuk kebajikan kepada fakir, kaum kerabat, hamba abdi, tetamu-tetamu dan orang yang bermusafir dengan syarat tanah tersebut tidak dijual, tidak dihibah, dan tidak diwarisi. Tidak menjadi kesalahan bagi orang yang mentadbirnya untuk memakan dan memberi makan kepada orang lain daripada hasilnya sekadar keperluannya dengan syarat dia tidak menjadikan tanah tersebut hartanya.

Sahih Al-Bukhari (Jilid 4 m/s 27)

Perkhidmatan WAKAF yang ditawarkan oleh WarisanHarta.com

khidmat nasihat pembentukkan Wakaf di dalam Wasiat, Amanah Hayat dan PRI-TI.