PentadbirAN Pusaka TANPA WASIAT

Apabila seseorang meninggal dunia tanpa Wasiat, seorang pentadbir atau beberapa orang pentadbir mestilah dilantik untuk mentadbir harta simati iaitu dia akan menghimpunkan semua aset serta liabiliti simati serta mengagihkan lebihan harta simati menurut Syari’ah setelah menyelesaikan hutang-hutangnya.

Prosedur atau kaedah mentadbir, memohon, melantik dan tugas-tugas serta tanggungjawab pentadbir adalah mengikut peruntukkan undang-undang yang boleh di dapati didalam Akta Probet dan Pentabiran 1959.

Sesungguhnya, pentadbiran harta pusaka adalah tugas yang berat bagi Wasi yang dilantik di dalam Wasiat dan memilih pentadbir yang salah akan menyebabkan benefisiari berada dalam keadaan menderita.

Mengapa anda perlu melantik syarikat amanah sebagai Pentadbir?

Masalah yang akan berlaku adalah mengenai pelantikan Pentadbir  di mana  di  bawah Seksyen 35 Akta Probet dan Pentadbiran 1959 menetapkan bahawa pentadbir perlu menyediakan  dua orang penjamin bagi membolehkan beliau mentadbir harta pusaka si mati, kecuali di dalam keadaan tertentu. Jaminan yang perlu diberi adalah bernilai sama dengan nilai kasar harta pusaka si mati. Walau bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada Syarikat Amanah, di mana ia boleh mentadbir tanpa perlu mengemukakan penjamin.

Perkhidmatan Pentadbiran Harta Pusaka Tidak Berwasiat

Sebagai syarikat amanah, as-Salihin Trustee Berhad juga menyediakan perkhidmatan pentadbiran Harta Pusaka Tidak Berwasiat.

Kami mempunyai kepakaran dan pengalaman untuk menjalankan tanggungjawab yang berat untuk mentadbir harta pusaka, tugas kami termasuklah yang berikut :


Pentadbiran Harta Pusaka Kecil

Warisan Harta dengan kerjasama as-Salihin boleh membantu waris Faraid untuk membuat permohonan Harta Pusaka Kecil di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) di seluruh Malaysia. Ini terpakai bagi harta pusaka yang ditinggalkan bernilai kurang RM 2,000,000 merangkumi harta alih dan harta tak alih.


Sumber Website as-Salihin Trustee Bhd