aset perolehan bersama

Aset Perolehan Bersama adalah harta yang diperolehi oleh suami dan isteri semasa perkahwinan yang sah, yang juga dianggap sebagai Harta Sepencarian. Pasangan suami/isteri mempunyai hak masing-masing ke atas Harta Sepencarian. Namun, hak tersebut perlu dituntut melalui mahkamah. Apabila berlaku kematian salah seorang suami/isteri maka pasangan yang masih hidup berhak untuk menuntut harta sepencarian ke atas bahagian harta simati sebelum pembahagian harta mengikut prinsip Faraid dilaksanakan.

Aset Perolehan Bersama (Harta Sepencarian)

Sering berlaku keadaan di mana benefisiari si mati tidak bersetuju  dengan  tuntutan Harta Sepencarian oleh pasangan suami/isteri selepas kematian suami/isteri.

Untuk mengelakkan masalah pertikaian keluarga yang yang tidak diingini berlaku selepas kematian, Warisan Harta dengan kerjasama as-Salihin Trustee menyediakan dokumen yang dinamakan Perjanjian Aset Perolehan Bersama iaitu satu instrumen pembahagian Harta Sepencarian.

KELEBIHAN MEMBUAT PERJANJIAN ASET PEROLEHAN BERSAMA

Pembahagian Mengikut Persetujuan Bersama
Kedua-dua pihak suami dan isteri boleh membuat keputusan dan bersetuju dengan pembahagian masing-masing.

Melindungi Hak Suami Isteri
Hak suami isteri sentiasa dilindungi sepertimana yang dipersetujui di dalam perjanjian tanpa pertelingkahan.

Mempercepatkan Proses Pembahagian
Proses pembahagian yang cepat tanpa perlu membuat tuntutan ke mahkamah.

Menjimatkan Kos
Menjimatkan kos tanpa perlu ke mahkamah untuk membuktikan sumbangan kedua-dua pihak.

Tiada Pertelingkahan dan Pertikaian
Tiada pertelingkahan kerana perjanjian merekodkan persetujuan antara kedua-dua pihak.

Mudah dan Selesa
Memudahkan dan memberi keselesaan kerana kehendak semua pihak telah dipenuhi. as-Salihin membuat Perjanjian Aset Perolehan Bersama mengikut pembahagian yang telah mereka persetujui.


Bukanlah satu perkara yang luarbiasa bagi sebahagian benefisiari-benefisiari yang masih hidup menuntut harta sepencarian daripada harta suami atau isterinya yang telah meninggal dunia. Oleh itu bagi menghindari sebarang perasaan tidak puas hati dan perselisihan yang mungkin timbul berhubung isu ini selepas kematian pewasiat, as-Salihin Trustee menyediakan dokumen berkaitan harta sepencarian yang mana ia akan dapat mengurangkan kesukaran yang mungkin timbul berhubung isu ini pada masa akan datang.


Sumber Website as-Salihin Trustee Bhd

SiapaKAH yang uruskan aset-aset anda selepas ketiadaan anda?

Anda berhak menentukan siapa yang akan mentadbir harta pusaka anda dan bagaimana harta pusaka anda ingin diagihkan selepas pemergian anda.