Penjagaan Harta Kanak-Kanak adalah pengurusan yang dilakukan oleh seorang yang dewasa terhadap diri dan harta kanak-kanak, atau diri dan harta orang yang tidak berupaya (gila, dungu).
Mengikut pandangan Islam, Penjaga dan Hadhinah (custody) mempunyai hak dan tanggungjawab yang berbeza.
Siapakah Yang Berhak Ke Atas Penjagaan Harta Kanak-Kanak?
Kaum kerabat sebelah bapa (lelaki) lebih di beri keutamaan untuk memikul tanggungjawab sebagai penjaga sementara
Kaum kerabat sebelah ibu mempunyai keutamaan untuk menjadi Hadhinah kepada kanak-kanak
Kategori Penjagaan
Penjagaan terhadap harta (seperti menyewakan harta, menggadaikan, harta orang yang dibawah jagaannya dengan syarat ianya memberi manfaat kepada orang yang di bawah jagaannya)
Penjagaan terhadap diri (seperti bertanggungjawab terhadap pendidikannya, kesihatannya dan memberi persetujuan dalam meng’aqad nikah perempuan yang di bawah jagaannya)
Keutamaan Untuk Menjadi Penjaga
Bapa
Datuk di pihak Bapa
Wasi lantikan Wasiat Bapa
Wasi kepada Wasi Bapa
Wasi Datuk di pihak Bapa
Wasi kepada Wasi Datuk di pihak Bapa