Perkhidmatan perancangan harta Islam adalah satu industri yang sedang giat berkembang di Malaysia. Ini adalah susulan daripada banyaknya masalah harta pusaka yang masih belum dituntut akibat daripada beberapa faktor yang telah dikenal pasti. Akhbar tempatan memaparkan sejumlah bernilai 70 bilion harta pusaka yang masih atas nama si mati dan jumlah ini terus meningkat setiap tahun. Di samping kisah-kisah yang menyayat hati tentang tuntutan harta pusaka. Penyelesaian kepada masalah ini memerlukan tindakan daripada setiap Muslim untuk bersegera membuat wasiat semasa mereka masih sihat. Kematian itu boleh berlaku pada bila-bila masa dan sudah pastinya setiap orang tidak dapat lari daripadanya. Ia perlu dihadapi dengan persediaan yang rapi. Lantaran itu setiap Muslim perlu kepada perancangan harta Islam untuk mengelakkan harta yang sedang dikumpulnya tidak dimanfaatkan ke jalan kebaikan yang akan menjadi bekalan amalan di alam akhirat kelak.
Dianggarkan 90% Muslim di Malaysia masih belum membuat perancangan harta dan masih belum mempunyai wasiat untuk diri mereka. Ini kerana mereka tidak mempunyai maklumat dan pengetahuan bagaimana untuk membuat perancangan harta. Oleh kerana itu, perkhidmatan perancangan harta Islam di Malaysia semakin menjadi keperluan dalam masyarakat Islam pada masa kini dan akan terus diperlukan pada masa akan datang.
Individu yang ingin menyertai WarisanHarta.com sebagai Pakar Perancang Harta Islam, sila email resume atau butiran peribadi anda dan hubungi kami:
Email: info@warisanharta.com
Tel : 019 2121 582 (Ahmad Siddik)
019 2755 164 (Hanita Musa)
Membantu masyarakat Muslim dengan menyediakan nasihat dan bimbingan profesional dalam perancangan harta mereka mengikut syariat Islam.
Membantu menguruskan harta benda, menyusun wasiat, surat ikatan amanah, serta memberikan penyelesaian untuk pengurusan harta dan pewarisan mengikut Hukum Syariah
Kursus dan latihan yang berterusan
Bantuan secara langsung dan tidak langsung dalam mempromosi produk dan perkhidmatan as-Salihin Trustee.
Pendapatan komisen hasil dari perkhidmatan yang disediakan.
Komisen yang tidak terhad kerana ia adalah bergantung kepada hasil usaha anda.
Pendapatan Pasif
Insentif Bulanan & Tahunan yang menarik serta Trip Pelancongan percuma disediakan oleh as-Salihin Trustee.
Meluaskan dan bina rangkaian perniagaan anda secara kumpulan
Pasaran yang luas, 85% umat Islam di Malaysia masih belum membuat Perancangan Harta Pusaka Islam.
RM7OB HARTA BEKU
Berumur 18 tahun dan ke atas.
Kemahiran bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Memilik Sijil Perancang Harta Islam, Diploma atau ijazah dalam mana-mana bidang. (Individu yang belum memiliki Sijil Perancang Harta Islam juga boleh memohon kerana urusan persijilan akan diuruskan).
Mempunyai pengalaman dalam bidang Takaful atau Perancangan Kewangan adalah satu kelebihan.
Kursus Perancangan Harta Islam (IEP)
Kursus Pengenalan Bisnes & Penetapan Matlamat
Kursus Menghadapi Klien
Kursus Pakej Perkhidmatan, Proses & Prosedur IEP
Coaching