PENYIMPANAN WASIAT

Apabila anda telah menulis Wasiat, adalah wajar anda untuk memastikan dokumen itu di simpan ditempat yang selamat supaya benefisiari-benefisiari anda tidak akan menghadapi kesukaran dan masalah kerana mereka tidak berupaya/gagal untuk mendapatkan Wasiat anda setelah anda meninggal dunia.

Tidak berguna menulis Wasiat jika tidak boleh mengesannya kelak. Banyak harta pusaka telah dibekukan kerana Wasiat terakhir tidak dapat dikesan.

as-Salihin Trustee menyediakan perkhidmatan penyimpanan berkomputer untuk penyimpanan yang selamat bagi semua dokumen yang kami sediakan. Tidak kira di mana atau bila anda meninggal dunia, jika benefisiari dan peguam anda menghubungi as-Salihin untuk mendapatkan Wasiat anda, kami pasti menghantar salinan Wasiattersebut kepada mereka untuk tindakan yang selanjutnya.

Gunakan setiap peluang yang ada dan dengan segera dan jauhi risiko-risiko yang boleh mengancam Wasiat anda seperti kebakaran, banjir, kehilangan, kecurian atau kemusnahan.