WasiatHarta.com merupakan pusat sehenti khusus untuk umat Islam di Malaysia yang ingin mendapatkan perkhidmatan perancangan harta yang lengkap dan berlandaskan prinsip syariah.

Ianya ditadbir oleh ASHRM Training & Consultant (ASHRM) iaitu salah sebuah agensi yang telah memulakan perkhidmatan dalam industri perancangan harta semenjak dari tahun 2006 lagi.

Kami menjalinkan hubungan perniagaan bersama syarikat as-Salihin Trustee Berhad (670367-D) yang merupakan salah sebuah syarikat amanah swasta patuh syariah di Malaysia.

Untuk menjaga kualiti perkhidmatan, kami hanya memfokuskan kepada khidmat rundingan, perancangan dan pentadbiran harta umat Islam sahaja.

Bagi merealisasikan matlamat tersebut maka kami adalah terdiri daripada barisan individu-individu yang komited, berpengalaman luas dan berkemahiran dalam industri perancangan harta.

Dengan itu kami mampu untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik, berkualiti dan menepati kehendak pelanggan.

Menerusi laman web WasiatHarta.com, anda boleh mendapatkan maklumat-maklumat tentang:

  • Konsep pemilikan harta dalam Islam
  • Kepentingan perancangan harta dalam kehidupan setiap muslim.
  • Masalah yang timbul apabila tidak membuat perancangan awal, dan
  • Soal jawab berkaitan perancangan harta pusaka Islam.

Selain daripada menawarkan khidmat nasihat dan perancangan harta, kami juga menyediakan peluang kepada anda yang ingin menambah sumber pendapatan dengan menyertai kami sebagai salah seorang Perancang Harta Islam yang bertauliah.

Selain daripada menjana pendapatan sampingan anda juga secara tidak langsung telah menjalankan tuntutan fardhu kifayah dengan menggalakkan umat Islam di Malaysia untuk merancang dan mengagihkan harta mengikut tuntutan syara’.