HIBAH

Hibah bermaksud pemberian. Di dalam Islam, hibah adalah pemindahan harta tanpa balasan mengikut syarat-syarat tertentu. Pemindahan milik yang dibuat dengan niat memperolehi pahala di akhirat dipanggil sadaqah. Apabila barang pemberian dibawa kepada penerima kerana menunjukkan rasa horrmat kepadanya ianya dikenali sebagai hadiah.

Memberi pemberian digalakkan oleh Islam. Rasulullah S.A.W bersabda:

” Bertukar-tukar hadiah dikalangan kamu kerana ia mengukuhkan perasaan sayang di antara satu sama lain. “
” Berilah hadiah kepada seseorang lain kerana hadiah menghindari rasa cemburu “

Seseorang boleh menurut undang-undang memberi hartanya kepada seseorang yang lain secara inter vivos, iaitu semasa hidup dan ia tidak terhad jumlahnya. Tetapi jika dia membuat pemberian melalui Wasiat pemberian adalah terhad hanya setakat satu pertiga daripada keseluruhan hartanya.

Melalui as-Salihin Trustee  pemberian semasa hidup melalui cara hibah boleh dibuat untuk kesejahteraan hidup orang yang disayangi tanpa terhad jumlahnya. Ia mungkin akan berguna untuk kepentingan mereka yang disayangi selepas ketiadaan anda.

 

Sumber Website as-Salihin Trustee Bhd